Upsell
Tawarkan produk tambahan pada harga diskaun selepas pembelian untuk tingkatkan purata nilai pesanan anda.
⚡ Ciri ini memerlukan plan Growth atau lebih tinggi. Lihat perbandingan plan
Apa Itu Upsell?
Upsell ialah tawaran produk tambahan pada harga diskaun yang dipaparkan selepas pembeli membuat pembelian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan purata nilai pesanan — pembeli yang baru sahaja membeli lebih cenderung untuk membeli lagi jika ditawarkan produk berkaitan pada harga istimewa.
Urus semua upsell anda di Dashboard → Upsells.
Syarat
- Tersedia untuk plan Growth ke atas.
- Kedua-dua produk (sumber dan target) mesti sudah diterbitkan dan mempunyai halaman jualan.
Cara Buat Upsell Baru
- 1Pergi ke Dashboard → Upsells → Buat Upsell Baru
- 2Pilih Produk Sumber — produk yang baru dibeli oleh pelanggan
- 3Pilih Produk Target — produk yang ditawarkan sebagai upsell
- 4Tetapkan jenis diskaun: Peratusan (contoh: 30% off) atau Jumlah Tetap (contoh: RM20 off)
- 5Tetapkan nilai diskaun
- 6Pilih di mana upsell dipaparkan: Halaman Checkout, Halaman Kejayaan, atau Kedua-duanya
- 7(Opsional) Tulis headline dan description khas untuk tawaran upsell anda
- 8(Opsional) Aktifkan countdown timer (1–60 minit) untuk beri rasa urgency
- 9(Opsional) Tetapkan had penggunaan — berapa kali upsell boleh diterima
- 10Aktifkan upsell
Bagaimana Pembeli Nampak Upsell
Selepas bayar produk sumber, pembeli akan nampak tawaran khas pada halaman kejayaan (atau halaman checkout, bergantung pada tetapan anda). Berikut ialah aliran pengalaman pembeli:
- Tawaran menunjukkan harga asal, harga diskaun, dan countdown timer (jika aktif).
- Jika pembeli accept, mereka akan diarahkan ke payment gateway untuk bayar produk target pada harga diskaun.
- Jika pembeli tolak atau timer tamat, tawaran hilang.
Syarat Paparan Upsell
Upsell hanya dipaparkan apabila semua syarat berikut dipenuhi:
| # | Syarat |
|---|---|
| 1 | Pesanan asal sudah berjaya (bukan pending) |
| 2 | Pesanan bukan pesanan upsell (tiada upsell berlapis) |
| 3 | Upsell yang aktif wujud untuk produk yang dibeli |
| 4 | Pembeli belum memiliki produk target |
Urus Upsell
Di halaman Dashboard → Upsells, anda boleh mengurus semua upsell yang telah dibuat:
Upsell sedang aktif dan akan dipaparkan kepada pembeli yang layak.
Upsell telah dinyahaktifkan dan tidak akan dipaparkan.
- Aktif / Nyahaktif — Togol status upsell pada bila-bila masa.
- Edit tetapan — Ubah diskaun, lokasi paparan, headline, timer, atau had penggunaan.
- Padam — Buang upsell secara kekal.
Tips
Ada soalan lain?
Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.
Hantar Tiket Sokongan