Urus Produk

Panduan lengkap untuk cipta, edit, publish, dan padam produk digital anda di Baya.

Had produk mengikut plan: Free (1 produk), Starter (3 produk), Growth (20 produk), Scale (unlimited). Lihat perbandingan plan

1. Jenis Produk yang Disokong

Baya menyokong empat jenis produk digital. Pilih jenis yang sesuai dengan apa yang anda jual:

Fail Digital

Ebook, template, preset, grafik, audio, atau apa sahaja fail yang boleh dimuat turun. Pembeli akan terima pautan muat turun selepas bayaran.

Pautan Luar

Produk yang dihoskan di platform lain (contoh: Google Drive, Notion, Canva). Pembeli akan diarahkan ke pautan anda selepas bayaran.

Kursus Online

Kursus berstruktur dengan modul dan pelajaran. Pembeli akses kursus terus dalam Baya — lengkap dengan video, teks, dan sijil.

Kelas Live

Kelas secara langsung (live) dengan tarikh dan masa tertentu. Sesuai untuk workshop, webinar, atau sesi coaching.

2. Cipta Produk Baru

Untuk mencipta produk baru, pergi ke Dashboard → Produk → Buat Produk.

Maklumat yang diperlukan:

  1. 1Nama produk — Nama yang jelas dan menarik (contoh: "Template Resume Profesional")
  2. 2Harga (RM) — Tetapkan harga dalam Ringgit Malaysia. Minimum RM1. Boleh juga set sebagai percuma (RM0).
  3. 3Deskripsi produk — Terangkan apa yang pembeli akan dapat. Deskripsi ini juga digunakan oleh AI untuk jana halaman jualan.
  4. 4Jenis delivery — Pilih salah satu: fail digital, pautan luar, kursus online, atau kelas live.
Tips: Tulis deskripsi yang jelas dan terperinci. AI menggunakan deskripsi ini untuk menjana halaman jualan — semakin baik deskripsi anda, semakin berkualiti hasilnya.

3. Upload Fail Produk

Jika anda memilih jenis "Fail Digital", anda perlu memuat naik fail produk anda. Fail ini akan dihantar kepada pembeli selepas bayaran berjaya.

  • Pergi ke halaman produk dan klik bahagian "Fail Produk"
  • Pilih atau seret fail dari komputer anda
  • Fail disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses oleh pembeli yang telah membayar

4. Edit Produk

Anda boleh mengedit produk pada bila-bila masa. Pergi ke Dashboard → Produk, kemudian klik pada produk yang ingin diedit. Anda boleh mengubah:

  • Nama produk
  • Harga (perubahan harga hanya kesan pesanan baru, bukan pesanan sedia ada)
  • Deskripsi produk
  • Fail produk (tukar atau tambah fail baru)

5. Publish dan Unpublish Produk

Produk baru secara lalai adalah unpublished (tidak diterbitkan). Ini bermakna halaman jualan belum boleh diakses oleh orang awam.

  • Publish — Produk dan halaman jualan boleh diakses oleh semua orang. Pembeli boleh membuat pembelian.
  • Unpublish — Produk disembunyikan dari orang awam. Pembeli sedia ada masih boleh akses pembelian mereka.

6. Padam Produk

Untuk memadam produk, klik butang "Padam" pada halaman produk tersebut.

Amaran: Pemadaman produk memerlukan dua langkah pengesahan untuk mengelakkan kesilapan. Setelah dipadam, produk dan semua data berkaitan tidak boleh dipulihkan. Pastikan anda benar-benar ingin memadam produk sebelum mengesahkan.

7. Polisi Refund

Anda boleh menetapkan polisi refund untuk setiap produk secara individu. Ini memberi fleksibiliti kepada anda untuk menawarkan jaminan wang dikembalikan pada produk tertentu sahaja.

  • Pergi ke tetapan produk
  • Tetapkan polisi refund (contoh: "Refund dalam 7 hari", "Tiada refund")
  • Polisi ini akan dipaparkan pada halaman jualan dan halaman checkout