Pelanggan

Lihat semua pelanggan anda, kenal pasti pembeli setia, dan gunakan data ini untuk mengembangkan perniagaan anda.

1. Akses Halaman Pelanggan

Cara akses:

  1. 1Pergi ke Dashboard → Customers
  2. 2Lihat ringkasan statistik dan senarai pelanggan di bawahnya

2. Statistik Pelanggan

Bahagian atas halaman memaparkan empat statistik utama:

Jumlah Pelanggan

Semua pembeli unik

Jumlah Pendapatan

Pendapatan keseluruhan

Purata Nilai Pesanan

Purata setiap pesanan

Pelanggan Berulang

Kadar repeat buyers

3. Senarai Pelanggan

Setiap pelanggan dalam senarai memaparkan maklumat berikut:

MaklumatPenerangan
NamaNama pelanggan. Jika mereka mempunyai akaun Baya, badge Berdaftar akan dipaparkan.
EmailAlamat emel pelanggan
Produk DibeliSenarai produk yang dibeli, dengan bilangan jika beli lebih dari sekali
Jumlah PesananBilangan pesanan keseluruhan
Jumlah BelanjaJumlah wang yang telah dibelanjakan
Jumlah RefundJumlah wang yang telah direfund
Pembelian PertamaTarikh pembelian pertama
Pembelian TerakhirTarikh pembelian paling terkini

4. Carian Pelanggan

Gunakan kotak carian di bahagian atas senarai untuk mencari pelanggan dengan pantas. Anda boleh cari mengikut:

  • Nama pelanggan
  • Email pelanggan
  • Produk yang dibeli

5. Tips Penggunaan

Tips: Gunakan halaman pelanggan untuk kenal pasti pembeli setia (repeat buyers) — mereka adalah calon terbaik untuk program affiliate atau produk baru anda. Pelanggan yang sudah membeli lebih dari sekali mempunyai kepercayaan tinggi terhadap jenama anda.
Tips: Pelanggan dengan badge Berdaftar bermakna mereka telah membuat akaun Baya dan boleh mengakses kursus serta portal buyer. Mereka lebih cenderung untuk menjadi pelanggan berulang.

Ada soalan lain?

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Hantar Tiket Sokongan