Akaun & Tetapan
Urus profil, kata laluan, wishlist, dan tetapan akaun buyer anda di Baya.
1. Gambar Profil
Anda boleh memuat naik gambar profil untuk mempersonalisasikan akaun anda. Gambar profil dipaparkan di komen kursus dan review produk.
Cara tukar gambar profil:
- 1Pergi ke Settings di portal buyer
- 2Klik pada gambar profil atau butang upload
- 3Pilih gambar dari peranti anda
- 4Gambar akan dimuat naik secara automatik
Format yang disokong:
- JPEG, PNG, WebP, GIF
- Saiz maksimum: 2MB
Anda juga boleh membuang gambar profil pada bila-bila masa dengan klik butang buang.
2. Maklumat Profil
Di bahagian tetapan, anda boleh mengemaskini nama penuh anda. Nama ini dipaparkan pada sijil kursus, komen, dan review.
3. Tukar Kata Laluan
Untuk keselamatan akaun, anda boleh menukar kata laluan pada bila-bila masa.
Langkah-langkah:
- 1Pergi ke Settings di portal buyer
- 2Cari bahagian "Tukar Kata Laluan"
- 3Masukkan kata laluan semasa anda
- 4Masukkan kata laluan baru (minimum 8 aksara)
- 5Masukkan semula kata laluan baru untuk pengesahan
- 6Klik "Simpan"
4. Wishlist
Wishlist membolehkan anda menyimpan produk yang anda minati untuk dibeli kemudian.
- Simpan produk — klik ikon wishlist pada mana-mana halaman jualan
- Lihat wishlist — pergi ke halaman "Wishlist" di portal buyer
- Lawati halaman jualan — klik pada mana-mana produk dalam wishlist untuk terus ke halaman jualan
5. Navigasi Portal Buyer
Portal buyer mempunyai navigasi yang mudah difahami. Berikut adalah semua halaman yang tersedia:
| Halaman | Fungsi |
|---|---|
| Home | Dashboard ringkasan — statistik, continue learning, upcoming classes, recent purchases |
| My Courses | Senarai kursus online yang dibeli |
| My Classes | Senarai kelas live yang dijadualkan |
| Affiliates | Program affiliate dan statistik komisen |
| Order History | Sejarah semua pesanan dan pembelian |
| Downloads | Muat turun fail digital yang dibeli |
| Wishlist | Produk yang disimpan untuk kemudian |
| Certificates | Semua sijil kursus yang diperoleh |
| Settings | Tetapan profil dan kata laluan |
6. Home Dashboard
Halaman Home di portal buyer memberikan ringkasan keseluruhan aktiviti anda di Baya. Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:
Statistik Ringkasan
Jumlah pembelian, bilangan kursus yang sedang diambil, dan bilangan sijil yang diperoleh.
Continue Learning
Kursus yang sedang anda ikuti — teruskan dari pelajaran terakhir yang anda berhenti.
Upcoming Classes
Kelas live yang akan datang supaya anda tidak terlepas jadual.
Recent Purchases
Pembelian terkini anda untuk akses pantas.