Tetapan & Lain-lain
Urus tetapan workspace, sambungkan domain sendiri, aktifkan WhatsApp, kawal notifikasi, dan hubungi pasukan sokongan.
Tetapan Workspace
Pergi ke Dashboard → Settings → Workspace untuk mengurus maklumat asas kedai anda.
| Tetapan | Penerangan |
|---|---|
| Nama Workspace | Nama kedai anda yang dipaparkan kepada pelawat. |
| URL Slug | Bahagian URL unik untuk workspace anda. Contoh: baya.my/nama-kedai |
| Homepage | Pilih mana-mana halaman yang telah diterbitkan untuk dijadikan halaman utama workspace anda. Apabila pelawat pergi ke URL workspace anda, mereka akan nampak halaman ini. |
| Gateway Fee Bearer | Pilih siapa yang tanggung yuran payment gateway — seller atau buyer. |
| Badge “Made with Baya” | Untuk plan free sahaja. Badge ini dipaparkan di bahagian bawah halaman jualan anda. Naik taraf ke plan berbayar untuk keluarkan badge. |
Custom Domain
⚡ Ciri ini memerlukan plan Starter atau lebih tinggi. Lihat perbandingan plan
Tersedia untuk plan Starter ke atas. Sambungkan domain anda sendiri (contoh: mystore.com) supaya halaman jualan anda guna domain sendiri — bukan subdomain baya.my.
Pergi ke Dashboard → Settings → Domain untuk memulakan.
Cara Setup:
- 1Masukkan domain anda di tetapan
- 2Sistem akan beri arahan DNS yang perlu dikonfigurasi di domain registrar anda
- 3Tunggu pengesahan DNS (mungkin ambil masa sehingga 24 jam)
- 4Setelah disahkan, semua halaman anda boleh diakses melalui domain anda sendiri
Status domain:
DNS belum disahkan. Sila pastikan rekod DNS telah dikonfigurasi dengan betul.
Domain aktif dan berfungsi. Halaman anda boleh diakses melalui domain sendiri.
Anda boleh buang domain pada bila-bila masa dari halaman tetapan yang sama.
WhatsApp Integration
Tambahkan butang WhatsApp terapung pada mana-mana halaman jualan atau lead gen anda. Tetapan ini adalah per halaman, bukan global.
| Tetapan | Penerangan |
|---|---|
| Nombor WhatsApp | Nombor telefon anda yang akan dihubungi oleh pelawat. |
| Mesej Pra-isi | Mesej automatik yang terisi apabila pelawat klik butang. Contoh: “Hi, saya berminat dengan produk anda” |
| Tooltip | (Pilihan) Teks kecil yang dipaparkan di sebelah butang WhatsApp. |
Butang WhatsApp akan sentiasa nampak di sudut bawah halaman anda. Apabila pelawat klik, ia akan membuka WhatsApp Web atau app dengan mesej pra-isi.
Notification Preferences
Pergi ke Dashboard → Settings → Notifications untuk mengawal jenis email notifikasi yang anda terima.
| Kategori | Penerangan |
|---|---|
| Notifikasi Pesanan | Email setiap kali ada pesanan baru masuk. |
| Kemaskini Prestasi Halaman | Laporan berkala tentang prestasi halaman jualan anda. |
| Alert Langganan | Pemberitahuan tentang status langganan Baya anda. |
| Kemaskini Tiket Sokongan | Notifikasi apabila ada balasan baharu pada tiket sokongan anda. |
Toggle on/off untuk setiap jenis notifikasi mengikut keutamaan anda.
Support Tickets
Buat tiket sokongan untuk hubungi pasukan Baya. Pergi ke Dashboard → Support.
Cara Buat Tiket:
- 1Pergi ke Dashboard → Support → Buat Tiket Baru
- 2Isi subjek, pilih kategori (Umum, Billing, Teknikal, Akaun), dan tulis huraian masalah
- 3Hantar tiket
Jejak tiket anda — setiap tiket mempunyai salah satu status berikut:
Tiket baru dibuka dan menunggu respon daripada pasukan sokongan.
Pasukan sokongan sedang menangani isu anda.
Isu telah diselesaikan oleh pasukan sokongan.
Tiket telah ditutup sepenuhnya.
Reply: Buka mana-mana tiket untuk lihat thread perbualan dan balas mesej dari pasukan sokongan.
Ada soalan lain?
Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.
Hantar Tiket Sokongan