✦ Updates

Changelog & roadmap.

Apa yang baru, dan apa yang akan datang di Baya.

CHIP Live - terima bayaran terus ke akaun CHIP anda

Connect akaun CHIP Live anda sendiri dan terima bayaran customer terus ke akaun anda, bukan ke akaun pusat Baya. Daily auto-settlement oleh CHIP. Baya tidak mengambil sebarang potongan transaksi (kami funded melalui langganan anda).

  • BaruSettings > Payment sekarang ada CHIP Live connection card. Paste your Live Brand ID, API key, dan webhook token, lepas tu tukar Payment Routing kepada "CHIP Live" untuk mula terima bayaran terus. Credentials encrypted dengan AES-256-GCM, validated terhadap CHIP sebelum disimpan.
  • BaruPer-page payment routing override - boleh set page tertentu route ke CHIP Live walaupun workspace default lain (atau sebaliknya). Berguna jika anda nak test live dengan satu produk dulu sebelum migrate semua. Setting di Sales Page Editor > Advanced.
  • Ditambah BaikWebhook receiver di /api/payments/chip-webhook/[workspaceId] sekarang handle kedua-dua sandbox dan live tokens. Same URL, token yang berbeza decides whether to run lean test-mode flow (status-flip sahaja) atau full production pipeline (ledger, fulfilment, emails, course access, affiliate commissions).

Hero photo carousel di AI Editor

Tukar single hero image kepada multi-slide photo carousel terus melalui chat - sesuai untuk Sales page, Physical product, dan Local business page.

  • BaruAI Editor sekarang boleh tukar hero image kepada photo carousel. Prompt contoh: "Tukar gambar hero kepada carousel 4 slide. Slide pertama kekal gambar sekarang, tambah 3 placeholder untuk upload." Renderer auto-tambah arrow buttons, dot indicators, swipe support, dan block back-gesture pada Magic Mouse / horizontal trackpad. Lihat Help > AI Editor > Carousel untuk panduan penuh.
  • Ditambah BaikLocal Business page sekarang boleh ada hero photo carousel (sebelum ini AI menolak request carousel pada page type ini). Reviews, services, dan gallery sections tetap kekal grid layout untuk readability.
  • DiperbaikiPrompt yang sebut "carousel", "slider", "slideshow", atau "slides" sekarang dirutekan terus ke AI tier penuh, bukan CSS-only path. Sebelum ini, beberapa prompt carousel tersangkut pada style-only keyword matcher (contoh: perkataan "rounded" dalam prompt) dan exit tanpa benar-benar generate carousel.

Giveaway Campaigns dibuka untuk semua seller

Giveaway Campaigns dah keluar daripada beta admin-only. Semua seller boleh mula run giveaway terus dari dashboard.

  • BaruGiveaway Campaigns sekarang tersenarai dalam sidebar Marketing untuk semua seller. Free trial: 1 active campaign sepanjang 30 hari trial. Starter ke atas (termasuk Lifetime): tanpa had jumlah campaign.
  • Ditambah BaikLeaderboard "participants" count sekarang reflect jumlah peserta sebenar, bukan saiz senarai top 10. Kalau campaign anda ada 47 peserta confirmed, header akan tunjuk "47 participants" walaupun list yang dipaparkan hanya top 10.

Social preview image - fix dan guidance baru

Perbaikan untuk gambar preview yang keluar bila link sales page anda dikongsi di WhatsApp / Facebook, plus tips supaya gambar anda kelihatan dengan betul.

  • DiperbaikiCustom domain canonical URL - bila page anda diakses melalui custom domain (contoh: nama-anda.com), tag og:url dalam page sekarang menggunakan custom domain itu, bukan custom domain "primary" dalam settings workspace. Sebelum ini, kalau anda ada lebih satu custom domain yang map ke workspace yang sama, og:url akan keluar guna domain primary, jadi scraper macam WhatsApp guna URL yang salah masa generate preview.
  • Ditambah BaikSEO & Social editor sekarang ada panduan jelas tentang spesifikasi gambar preview: 1200×630 px (ratio 1.91:1), JPG atau PNG, di bawah 5MB. Selepas anda pilih gambar, sistem akan check dimension automatik dan keluar amaran kuning kalau gambar terlalu kecil (bawah 600×315 px) atau ratio terlalu jauh dari standard - sebab WhatsApp / Facebook akan reject gambar tersebut dan guna gambar lain pada page anda sebagai gantinya.
  • Ditambah BaikTag og:image dalam metadata page tidak lagi declare dimension hardcoded 1200×630. Sebelum ini, semua page emit width/height ini tanpa mengira saiz gambar sebenar - menyebabkan scraper jadi keliru bila gambar yang dimuat naik sebenarnya saiz lain. Sekarang scraper akan detect dimension sebenar dari gambar.

Drag-to-reorder section dalam Full AI editor

Sekarang anda boleh susun semula section sales page Full AI ikut suka - hero, offer, pricing, FAQ - hanya drag handle di sebelah kiri section.

  • BaruDrag-to-reorder section pada Full AI sales page. Setiap section dalam left rail editor ada handle (icon grip) - tarik atas atau bawah untuk susun semula. Tiada had: anda bebas letak hero di tengah, finalCta di atas, atau apa-apa kombinasi yang anda mahu. Susunan ini terus terpakai pada live page yang pembeli nampak.
  • BaruAutosave masa drag - sekali anda lepas section di tempat baru, susunan terus disimpan. Toast "Saving section order..." keluar sebelum tukar ke "Section order saved" supaya anda jelas yang perubahan dah simpan. Undo button (Undo last change) di atas section list juga boleh patah balik susunan kalau anda silap drag.

Video YouTube dalam course lesson - blank fix

Fix untuk video YouTube yang tak keluar (blank) bila preview lesson dalam course builder atau bila pelajar tengok lesson.

  • DiperbaikiVideo YouTube dalam course lesson sekarang main dengan betul. Sebelum ini, lepas anda letak YouTube link pada lesson dan klik "Preview", area video keluar kosong (hitam tanpa player). Punca: security policy server tak benarkan Plyr (player video kami) load YouTube IFrame API. Pelajar yang dah beli course juga terjejas - mereka tak boleh tengok video lesson. Sekarang dah dibenarkan untuk www.youtube.com dan s.ytimg.com.
  • DiperbaikiVisual Edit: upload gambar pada placeholder (termasuk before/after block) sekarang berfungsi di iPhone / iPad. Sebelum ini, tap pada placeholder gambar di mobile Safari tak buka popup upload langsung - punca: img tanpa src dianggap "broken" oleh iOS dan tap event tak fire. Sekarang placeholder dapat 1x1 transparent src masa Visual Edit aktif supaya tap berdaftar dengan betul.
  • DiperbaikiPengukuhan keselamatan pada jadual pesanan - hanya proses checkout rasmi Baya boleh cipta pesanan baru. Sebelum ini ada satu polisi yang terlalu longgar yang membenarkan permintaan luar (bukan dari form checkout kami) untuk cipta baris pesanan. Tiada pesanan sebenar yang terjejas, tetapi gap ini dah ditutup.
  • BaruPengasingan Physical Orders & Digital Orders dalam sidebar. Klik Orders sekarang buka dua sub-link: Physical Orders (penuh dengan fulfilment workflow - tab status, search, cetak slip penghantaran, bulk mark-as-shipped) dan Digital Orders (paparan mudah untuk produk digital tanpa perlu hantar apa-apa). URL lama /dashboard/orders akan auto-redirect ke yang sesuai berdasarkan jenis produk anda.
  • BaruWorkflow fulfilment ikut standard e-dagang: Paid → Sedang Diproses → Dihantar → Diterima, dengan opsyen Dipulangkan untuk pesanan yang sampai tapi pembeli pulangkan. Tab status di Physical Orders ada count badge - sentiasa nampak berapa pesanan yang menunggu untuk dibungkus atau dihantar.
  • BaruCetak slip penghantaran (packing slip) - klik mana-mana pesanan fizikal dan tekan "Cetak Slip Penghantaran". Format A4 bersih dengan alamat penerima saiz besar, SKU, ID pesanan, dan nota dari pembeli. Boleh juga pilih banyak pesanan sekali gus dari list dan cetak semua slip dalam satu print job.
  • BaruBulk mark-as-shipped - pilih beberapa pesanan dari list Physical Orders, klik "Mark as shipped...", pilih kurier, tampal nombor tracking (satu per baris dalam urutan yang sama), submit sekali. Setiap pembeli akan terima email notifikasi automatik. Maksimum 50 pesanan setiap batch.
  • BaruHarga Asal (anchor price) sekarang sokong online course & live class. Sebelum ini, field "Harga Asal" cuma ada untuk produk dengan pricing options (file, external link, fizikal). Sekarang anda boleh set Harga Asal untuk course / live class juga - akan dipaparkan dengan strikethrough di sales page (cth: RM149 ~RM199~). Set dari form Edit Product. Tinggalkan kosong jika tiada diskaun - AI tak akan reka-reka nombor "asal" yang palsu lagi.

Visual edit pada headline beranimasi

Fix untuk visual edit yang gagal save perubahan teks pada headline dengan animasi scroll atau underline animation.

  • DiperbaikiEdit teks pada headline beranimasi (fade-up, underline-draw) - sebelum ini bila anda edit headline dan click luar, teks kembali ke asal seolah-olah tak disimpan. Punca: kelas animasi runtime (.baya-visible) yang ditambah bila headline scroll ke skrin mengganggu padanan dengan HTML simpan. Sekarang kelas runtime ini diabaikan masa simpan, jadi edit anda kekal.

Sokongan produk fizikal - stok, penghantaran, tracking

Anda boleh jual produk fizikal di Baya sekarang - dengan inventori per-variant, kadar penghantaran ikut zon (WM / EM), dan workflow fulfilment dari pesanan masuk sampai delivered.

  • BaruJenis produk baru: Produk Fizikal. Pilih dari halaman Create Product. Setiap variant (cth. Saiz S/M/L atau Warna Merah/Hitam) ada stok dan SKU sendiri - sehingga 3 variant per produk.
  • BaruKadar penghantaran per zon: tab Shipping baru dalam Settings. Tetapkan kadar berasingan untuk Semenanjung Malaysia (WM) dan Sabah/Sarawak/Labuan (EM), dengan threshold "free shipping over RM X" yang boleh anda kawal.
  • BaruStok dipotong secara automatik selepas pembayaran berjaya - safe under race conditions, takkan over-sell. Indicator "Stok terhad - tinggal {N} sahaja" muncul di sales page bila stok kurang dari threshold (default 10).
  • BaruBila stok semua variant habis, sales page tukar CTA jadi waitlist signup - email pembeli berminat akan dikumpulkan dan boleh anda email bila restock.
  • BaruHalaman fulfilment baru di Dashboard → Orders → klik order. Tandakan order sebagai "Dihantar" dengan nombor tracking + kurier (Pos Laju, J&T, Ninja Van, dll.) - pembeli auto-dapat email dengan link tracking. Mark "Diterima" bila barang sampai.
  • BaruCheckout untuk produk fizikal: form alamat penghantaran lengkap (penerima, telefon, alamat, bandar, poskod, negeri, nota). Validasi poskod automatik - kalau poskod tak match negeri, akan reject sebelum order dicipta. Future-proof untuk integrasi courier API.
  • BaruHarga asal (anchor price) untuk pricing options: tambah field "Harga Asal" pada setiap pricing option. Sales page akan paparkan dengan strikethrough sebelah harga jualan (cth: RM79 ~RM90~) plus badge "Jimat RM11 (12%)" auto-kira. AI generator pun guna nombor ini dalam copy hero & CTA - tak akan reka-reka nombor "asal" yang palsu lagi. Kalau anda biarkan kosong, anchor tak ditunjuk - tiada perubahan dari sebelum ini.
  • Ditambah BaikAI sales page generation tak lagi campur Bahasa Malaysia + English 50/50. Tambah pemilih bahasa (Auto-detect / Bahasa Malaysia / English) dalam wizard Full AI Mode, plus prompt engineering yang lebih tegas untuk kekal satu bahasa sepanjang halaman.

Reference image untuk Generate AI + buyer course display fix

Generate dengan AI sekarang sokong reference image untuk pandu hasil ikut gaya / subject yang anda nak. Plus fix paparan course untuk pelajar di My Courses & Home.

  • BaruReference image dalam Generate dengan AI: dalam modal "Generate gambar dengan AI", ada section baru "Reference image (optional)". Upload gambar baru atau pilih dari galeri workspace untuk jadikan rujukan - AI akan kekalkan gaya, warna, atau subject yang serupa dalam gambar yang dijana. Sesuai untuk maintain consistent look across hero, founder, dan product photos.
  • Ditambah BaikAspect ratio sekarang boleh ubah dalam Generate dengan AI - sebelum ini auto-detect saja (ikut size frame), tapi kadang-kadang frame editor tak sama dengan output yang anda nak (contoh: gambar dalam before/after slider). Dropdown ada semua 10 nisbah disokong (1:1, 4:5, 3:4, 16:9, dll.); pilihan yang auto-detect ditandakan "auto".
  • BaruTemplate prompt khas untuk before/after slider: bila anda klik gambar dalam before/after block, modal Generate dengan AI akan tunjuk 10 chip baru - 5 pasang Before/After untuk Skin (acne), Smile (dental), Body (fitness), Hair (rawatan), Interior (renovation), dan Clean (detailing). Setiap prompt sudah ada "anchor" konsistensi (sama muka, sama angle, sama lighting) supaya output Before dan After kekal serupa. Untuk hasil terbaik: generate Before dulu, kemudian guna gambar Before tu sebagai reference image bila generate After.
  • BaruTips & playbook prompt before/after dalam modal: dalam modal Generate (bila buka dari before/after slider), ada link "Tips: cara prompt before/after" sebelah label Prompt. Klik untuk buka panduan 8 rules - spesifik, satu perubahan setiap kali, jangan bagi pilihan, guna replacement verbs, consistency anchors, dll. Ada juga butang Copy untuk paste system prompt ke ChatGPT / Claude / Gemini - mereka boleh draft Before/After prompt khas untuk niche luar dari template (cth: laser hair removal, tattoo removal, pet grooming).
  • Ditambah BaikPanduan Visual Edit di Pusat Bantuan dah update dengan section baru khas untuk before/after AI workflow - 5 pasang template, aspect ratio control, reference image flow, prompt playbook penuh, dan recommended end-to-end workflow (Before dulu, kemudian use as reference untuk After).
  • DiperbaikiMy Courses dan Home sekarang papar semua course / live class yang pelajar dah beli, termasuk yang dibeli sebagai guest sebelum mereka sign up. Sebelum ni, sesetengah pembelian tak muncul kerana akses tak tersambung ke akaun pelajar.
  • Ditambah BaikSign up sebagai pelajar kini auto-claim semua order success yang sepadan dengan email anda, jadi course dari pembelian guest awal akan terus muncul lepas anda buat akaun.

Generate & Enhance Gambar dengan AI + Galeri Workspace

Generate gambar terus dari prompt, enhance gambar amateur jadi nampak profesional, atau pilih balik dari galeri workspace - semua dalam editor tanpa perlu keluar cari stock photo.

  • BaruGenerate dengan AI: klik mana-mana gambar dalam Visual Edit atau sales page editor, pilih "Generate dengan AI" untuk generate gambar baru dari text prompt. Modal ada 19 template prompt yang auto-filter ikut page type anda (sales pages dapat ebook cover / course preview / instructor portrait, leadgen dapat consultation / team meeting / founder, local business dapat storefront / makanan / staff group). Aspect ratio auto-snap ikut frame. Boleh request 1, 2, atau 4 candidate, tengok preview, pilih yang paling sesuai.
  • BaruEnhance dengan AI: untuk gambar yang nampak amateur, pixelated, atau lighting tak best - klik "Enhance dengan AI" untuk dapat versi lebih profesional. Optional bagi arahan tambahan macam "make lighting warmer" atau "remove background clutter". Compare side-by-side asal vs enhanced, apply yang anda suka.
  • BaruGaleri gambar workspace: setiap gambar yang anda pernah upload, generate, atau enhance dalam workspace ini auto-masuk dalam galeri. Pilih dari galeri untuk re-use gambar across pages - founder photo sama untuk semua sales page, hero image sama untuk produk yang berkait. Tak perlu upload semula atau cari semula fail asal.
  • Ditambah BaikImage picker konsisten merentas editor: hero image, instructor photo, pain points, benefits, offer items, bonuses, testimonial avatars, dan OG / social preview image (Settings > SEO) semua kini ada empat butang sama - Tukar gambar, Pilih dari galeri, Generate dengan AI, Enhance dengan AI. Sebelum ini setiap slot ada upload UI yang berbeza-beza.
  • Ditambah BaikVisual Edit popover untuk gambar dapat tiga butang baru: toggle "Klik untuk besarkan" (lightbox per-image tanpa perlu chat AI), edit alt text inline (untuk SEO + accessibility), dan "Buang gambar" (revert balik jadi placeholder upload).
  • DiperbaikiCAPTCHA pada signup mobile lebih reliable - sebelum ini pengguna kadang-kadang tersangkut bila challenge tak muncul terutama atas iOS Safari. Kini Turnstile dijalankan secara explicit pada submit, jadi lebih konsisten merentas device.

Lightbox Gambar - Click to Enlarge

Gambar boleh diset supaya bila visitor klik, gambar akan pop-up dalam saiz penuh. Khas untuk portfolio, gallery, atau case study.

  • BaruLightbox gambar baru: minta AI "buat gambar boleh klik untuk besarkan" atau "tambah lightbox pada portfolio" - gambar akan pop-up dalam modal full-screen bila visitor klik. Tekan Esc atau klik backdrop untuk tutup. Gambar boleh pinch-zoom dalam modal di mobile.
  • DiperbaikiVisual Edit untuk gambar yang ada lightbox: sebelum ini AI kadang-kadang wrap gambar dalam link sendiri, jadi bila seller cuba edit gambar dalam Visual Edit, popup tukar URL muncul (bukan image picker). Lightbox kini diuruskan oleh platform - klik gambar dalam editor terus buka image picker seperti biasa.
  • DiperbaikiPage portfolio yang sedia ada (gambar dibalut dengan link supabase) auto-baiki - cleanup berlaku semasa render dan dalam database. Tiada keperluan regenerate page.

Custom Domain - DNS Setup Guide Sentiasa Kelihatan

Panduan setup CNAME kini muncul untuk semua domain yang belum aktif, supaya seller tahu rekod DNS apa yang perlu ditambah.

  • DiperbaikiDNS Setup Guide di Settings > Custom Domains kini muncul untuk semua domain yang status bukan "Active" (termasuk Provisioning SSL, DNS Verified, Pending, dan Failed). Sebelum ini guide hanya muncul untuk status Pending/Failed - jadi seller yang baru tambah domain (yang terus jadi Provisioning SSL) tak nampak panduan langsung.

Pertandingan Baya - Pertandingan Mengundi Page Awam

Sertai page anda dalam pertandingan undi awam. Tiga pemenang teratas dapat AI Credits.

  • BaruPertandingan Baya dilancarkan di /pertandingan. Sertai dari sidebar editor, kongsi page anda, dan kumpul undi dari awam (pengesahan email). Syarat penuh di /pertandingan/syarat-syarat.

Multi Custom Domain untuk Scale Plan + AI Editor Upgrades

Scale plan kini sokong multi custom domain dengan per-page binding. Ditambah peningkatan besar untuk AI Editor.

  • BaruMulti custom domain untuk Scale plan: connect lebih dari satu domain dalam satu workspace. Sesuai untuk yang manage banyak halaman dari satu akaun.
  • BaruPer-page binding: setiap custom domain boleh attached kepada satu page tertentu (contoh: bakery.com untuk page bakery, cafe.com untuk page cafe). Atau pilih "Whole workspace" untuk serve semua halaman seperti biasa.
  • Ditambah BaikSettings > Custom Domains: list view baru dengan status, target page, dan butang Verify / Retry / Remove individual untuk setiap domain. Page selector dengan badge type (Sales / Pre-launch / Lead Gen / Portfolio / Business) supaya senang cari halaman yang betul.
  • BaruYouTube inline embed: paste mana-mana YouTube URL (youtu.be, watch, shorts) dalam chat AI Editor - video akan main terus dalam page sebagai iframe player. Visitor tak perlu tinggalkan website. Guna youtube-nocookie.com (privacy-enhanced).
  • BaruTikTok inline embed: paste TikTok URL (tiktok.com/@user/video/ID) dalam chat - video akan embed sebagai portrait 9:16 player. Boleh letak satu video atau buat grid 2-3 video side by side untuk testimonial wall.
  • BaruClick-to-upload image placeholders: AI kini boleh tinggalkan slot gambar kosong dengan dashed border dan label (contoh: "Click to upload - Hero photo"). Click dalam Visual Edit mode untuk upload terus, tanpa perlu prompt AI.
  • BaruBefore/After slider: untuk transformation, case study, atau "sebelum/selepas" visual (klinik aesthetic, fitness, renovation). Slider boleh drag, dengan upload zone untuk dua-dua gambar. Minta AI "add a before/after slider" atau drag dua gambar terus.
  • BaruAnimations baru: Text Reveal (headline muncul satu perkataan satu), Pulse Glow (CTA berdenyut menarik perhatian), Underline Draw (garis bawah dilukis bila scroll). Reserve untuk satu CTA atau hero h1 yang paling penting.
  • BaruPro Tips help page (/help/seller/editor-ai): panduan lengkap 9 section meliputi visual edit, image upload, before/after slider, magic components, animations, video embeds (YouTube + TikTok), do/don't, dan prompt cheat sheet.
  • Ditambah BaikAdd new section dari chat: cakap "add a new section after this section" semasa edit satu section - section baru akan diletak di posisi yang awak minta (contoh: "after Social Proof"). Sebelum ini section baru selalu jatuh sebelum Final CTA.
  • Ditambah BaikVideo paste lebih pintar - auto-detect URL YouTube dan TikTok, kemudian render dengan saiz dan aspect ratio yang sesuai (landscape untuk YouTube, portrait untuk TikTok).
  • DiperbaikiAI tidak lagi reject "add new section" request bila satu section dipilih - sistem auto-detect intent dan letak section baru sebagai entry sendiri di sidebar.
  • DiperbaikiIframe Google Maps dalam Local Business pages kini dipaparkan dengan betul.

Amaran Had Produk & Pembetulan Warna Teks Full AI

Amaran had produk yang lebih jelas dalam "Create Page" flow, dan pembetulan untuk teks yang tak kelihatan pada sales page Full AI dengan background putih.

  • Ditambah BaikDalam modal "Create Page" → "Sales Page", sistem kini semak had produk serta-merta. Jika dah capai had, awak akan lihat panel amaran dengan shortcut ke sales page sedia ada serta pilihan upgrade plan - sebelum isi borang produk.
  • Ditambah BaikHalaman "/dashboard/products/new" kini blok borang terus kalau awak dah capai had produk. Lebih pantas faham apa kena buat selepasnya.
  • DiperbaikiSebelum ini, pengguna plan Free yang cuba create sales page kedua terpaksa isi borang produk penuh sebelum dapat error. Sekarang amaran keluar awal dengan CTA yang jelas.
  • DiperbaikiTeks headline, harga, dan list pada sales page Full AI tidak lagi hilang (nampak putih atas background putih) bila kad putih diletak di atas section warna terang. Preview di editor dah betul sebelum ini - masalah ini cuma wujud pada halaman publik.
  • DiperbaikiTestimoni dalam carousel sales page Full AI kini center di tengah halaman. Sebelum ini kad testimoni tersepit di tepi kiri.
  • Ditambah BaikBorang lead dan waitlist kini dijana dengan reka bentuk yang lebih bersih - tidak lagi nampak seperti kad glassy generic, dan pada layout 2-column borang dijajar betul dengan kandungan di sebelahnya.

Pilihan Harga Berbilang untuk Produk Digital

Tawarkan sehingga 3 pilihan harga berbeza untuk produk yang sama - setiap pilihan dengan fail atau URL tersendiri.

  • BaruPilihan harga berbilang untuk produk file dan external link. Contoh: tetapkan "Digital sahaja" pada RM49 dan "Digital + Cetakan" pada RM79 untuk produk yang sama. Pembeli pilih pilihan mereka sendiri sebelum checkout.
  • BaruHalaman jualan kini memaparkan kad harga secara automatik mengikut bilangan pilihan yang anda tetapkan - satu kad tunggal, dua kad bersebelahan, atau tiga kad dalam satu baris.
  • Ditambah BaikSetiap pesanan sentiasa terikat dengan pilihan harga yang dibeli. Walaupun anda update atau archive pilihan kemudian, pembeli lama tetap dapat fail atau URL yang asal mereka beli.
  • Ditambah BaikBorang cipta produk baru kini memaparkan editor pilihan harga secara terus - tambah 1, 2, atau 3 pilihan semasa membuat produk.
  • Ditambah BaikEmel pengesahan pesanan dan notifikasi jualan kini memaparkan nama pilihan harga yang dibeli.

Sokongan Imej Luar & Pembetulan Visual Editor

Halaman Manual HTML kini menyokong imej dari mana-mana laman web. Juga pembetulan untuk masalah penggantian gambar dalam Visual Editor.

  • Ditambah BaikHalaman Manual HTML kini menyokong imej dari mana-mana URL luaran (contoh: HTML dari Google Gemini). Sebelum ini, hanya imej dari sumber tertentu sahaja dibenarkan.
  • Ditambah BaikPanel AI Editor kini boleh dikecilkan (collapse) untuk ruang preview yang lebih luas. Klik ikon di header AI Editor untuk sembunyikan, dan klik mana-mana item di sidebar kiri untuk paparkan semula.
  • Ditambah BaikAmaran jelas dipaparkan pada halaman Custom HTML bahawa AI Editor tidak boleh digunakan - gunakan Visual Edit atau Edit HTML.
  • DiperbaikiPembetulan masalah gambar yang diganti melalui Visual Editor tidak tersimpan - gambar lama muncul semula selepas preview/publish. Kini penggantian gambar disimpan dengan betul ke pangkalan data.
  • DiperbaikiPembetulan amaran paparan pada butang Create Page di dashboard.

Notifikasi Telegram & Pembetulan Gradient Text

Dapatkan alert jualan dan lead terus ke Telegram anda secara real-time. Juga pembetulan untuk gradient text pada visual editor.

  • BaruNotifikasi Telegram untuk pengguna berbayar (dan dalam percubaan percuma 30 hari) - dapatkan alert jualan dan lead baru terus ke Telegram anda. Konfigurasikan di Settings → Notifications → Configure Telegram.
  • DiperbaikiTeks gradient (contoh: headline dengan warna bercampur) tidak lagi hilang warnanya selepas edit inline pada halaman AI / Manual HTML.

Visual Editor, HTML Editor & Booking Form

Edit halaman AI secara visual tanpa perlu sentuh kod. HTML editor kini lebih powerful dengan carian dan syntax highlighting.

  • BaruVisual WYSIWYG Editor untuk halaman AI. Klik terus pada mana-mana teks, gambar, atau butang untuk edit secara visual.
  • BaruHTML Editor dengan search/replace, line numbers, dan syntax highlighting untuk pengguna yang mahu edit kod secara manual.
  • DiperbaikiBorang booking kini menyusun fields secara menegak untuk paparan yang lebih kemas.

Yuran Pemprosesan Mengikut Kaedah Pembayaran & Mobile Fix

Yuran pemprosesan kini dikira berdasarkan kaedah pembayaran yang dipilih, dan halaman AI kini dipaparkan dengan betul pada mobile.

  • BaruYuran pemprosesan kini dikira mengikut kaedah pembayaran - FPX (RM 1.00), Kad (2%), E-wallet (2%), DuitNow QR (2%, min RM 0.15, maks RM 1.50)
  • BaruPemilih kaedah pembayaran kini dipaparkan pada halaman checkout apabila pembeli menanggung yuran pemprosesan
  • DiperbaikiHalaman AI kini dipaparkan penuh pada skrin mobile - kandungan dan borang tidak lagi terpotong di bahagian kanan
  • DiperbaikiButang hantar borang lead kini membenarkan teks panjang untuk wrap ke baris baru
  • DiperbaikiTeks placeholder borang lead kini kelihatan jelas pada semua tema warna

Mobile UX & Manual HTML

Penambahbaikan pengalaman mobile dan sokongan Manual HTML yang lebih baik.

  • BaruChat history AI editor kini disimpan secara kekal - boleh diakses semula dari mana-mana peranti
  • Ditambah BaikAI editor pada mobile kini berfungsi tanpa timeout - edit halaman berjalan lancar seperti desktop
  • Ditambah BaikAmaran ditunjukkan sebelum edit keseluruhan halaman - jimatkan AI credit dengan memilih section tertentu
  • Ditambah BaikMesej AI editor kini lebih mesra dan menggalakkan - contoh: "Looking great! What's next?"
  • Ditambah BaikSaiz ikon dan input pada AI editor dibesarkan untuk kemudahan penggunaan pada mobile
  • Ditambah BaikPrompt Manual HTML kini menyediakan tempat untuk masukkan penerangan halaman anda sebelum diberikan kepada AI
  • DiperbaikiButang WhatsApp kini muncul pada preview halaman yang belum diterbitkan
  • DiperbaikiSenarai section pada mobile kini boleh discroll sepenuhnya - FAQ, CTA, WhatsApp dan SEO kini boleh diakses
  • DiperbaikiBadge halaman Manual HTML kini menunjukkan "Manual HTML" dan bukan "Full AI"

AI Editor & Muat Naik Imej

Penambahbaikan pada AI editor dan beberapa bug fixes.

  • Ditambah BaikImej yang dimuat naik kini dioptimumkan secara automatik ke format WebP untuk saiz yang lebih kecil dan loading yang lebih pantas
  • Ditambah BaikAmaran AI credit ditunjukkan dalam modal Create Page apabila credit rendah atau kosong
  • DiperbaikiMuat naik imej pada AI editor kini berfungsi pada mobile Safari
  • DiperbaikiPreview halaman kini berfungsi pada mobile untuk produk yang belum diterbitkan
  • DiperbaikiModel AI dikemas kini untuk mengelakkan ralat "All AI models are currently unavailable"

Produk Percuma & Kemaskini Dashboard

Kini anda boleh menawarkan produk percuma dan beberapa penambahbaikan pada dashboard.

  • BaruSokongan produk percuma - tetapkan harga RM 0 untuk mana-mana jenis produk digital (fail, kursus, kelas langsung, atau pautan luaran). Pembeli boleh dapatkan akses tanpa melalui payment gateway
  • Ditambah BaikPendaftaran akaun kini terbuka - tidak lagi memerlukan invitation code untuk mendaftar
  • Ditambah BaikBahagian Sales Pages pada halaman produk kini lebih menonjol dengan reka bentuk gradient baharu
  • DiperbaikiPreview halaman portfolio kini berfungsi dengan betul
  • DiperbaikiAkses kursus dari dashboard pembeli kini berfungsi dengan betul

SEO & Social Preview Settings

Kini anda boleh kawal bagaimana halaman anda muncul di Google, Facebook, WhatsApp dan platform lain.

  • BaruSEO Settings - tetapkan custom title, description, dan OG image untuk setiap halaman
  • DiperbaikiSocial preview untuk leadgen page kini menunjukkan headline sebenar, bukan nama workspace sahaja
  • Ditambah BaikCustom domain kini digunakan dalam canonical URL dan og:url

Notification Badges & Badge Fix

Sidebar notification badges untuk seller dan admin, serta pembaikan "Made with Baya" badge.

  • BaruNotification badge di sidebar - Orders, Leads, Reviews, dan Support menunjukkan bilangan item baru
  • BaruAdmin sidebar kini menunjukkan bilangan support ticket yang belum diselesaikan
  • Diperbaiki"Made with Baya" badge kini betul-betul tersembunyi untuk plan berbayar yang mematikan badge
  • DiperbaikiWhatsApp bubble button kini muncul di homepage workspace melalui custom domain

Pusat Bantuan & Bug Fixes

Pusat bantuan lengkap untuk seller dan buyer, serta pelbagai pembaikan penting.

  • BaruPusat Bantuan - 23 halaman panduan untuk seller dan buyer di baya.my/help
  • BaruMobile sidebar menu untuk navigasi pusat bantuan
  • BaruPautan "Help" di sidebar dashboard seller
  • Diperbaiki"Made with Baya" badge kini boleh disorokkan dengan betul oleh plan berbayar
  • Ditambah BaikCaptcha di halaman login/signup kini dipaparkan di atas butang untuk layout lebih kemas
  • Ditambah BaikBadge nudge dipindahkan ke halaman Settings dan boleh di-dismiss secara kekal

Custom Page URL & Generation UX

Users can now customize their page URL for better branding and SEO.

  • BaruCustom page URL - edit your page slug directly from the editor
  • Ditambah BaikFull AI lead gen pages now show progress bar during generation instead of a spinning button
  • DiperbaikiMobile preview now scrolls to the correct section when switching tabs

Lifetime Subscription & Coupon Support

Introducing lifetime plans with multi-use invitation codes and coupon discounts.

  • BaruLifetime subscription plan with one-time payment
  • BaruMulti-use invitation codes for lifetime access
  • BaruCoupon support for lifetime checkout
  • BaruLeads dashboard for managing all form submissions
  • Ditambah BaikBilling page styling consistency

Analytics & Tracking Upgrades

Better insights into your pages and conversions with new analytics tools.

  • BaruFacebook Conversions API (CAPI) server-side event tracking
  • BaruLead Gen analytics tab with submissions, bookings, and time series charts
  • BaruAI usage monitoring dashboard with platform-wide limits
  • BaruUpsell impression tracking and conversion stats
  • Ditambah BaikRedesigned conversion funnel with interactive bar chart

Checkout Redesign & Booking System

Higher-converting checkout experience and a new booking system for service providers.

  • BaruBooking system with availability management
  • BaruSEO meta tags for better search visibility
  • BaruDouble opt-in email verification for lead magnets
  • Ditambah BaikRedesigned checkout page for higher conversion rates
  • Ditambah BaikLanding page now includes demo videos
  • DiperbaikiDraft preview now works correctly for unpublished pages

Version History & Editor Improvements

Never lose your work with version history, plus smarter editing tools.

  • BaruVersion history for AI editors - undo and restore previous versions
  • BaruManual HTML page creation mode for advanced users
  • Ditambah BaikForm theme changes now reflect instantly in editor preview
  • Ditambah BaikIncreased timeout for complex AI page edits
  • DiperbaikiPreview iframe no longer navigates away when clicking links

Platform Stability & Performance

Under-the-hood improvements for a faster and more reliable experience.

  • Ditambah BaikOverall platform stability and reliability
  • Ditambah BaikFaster page loading and response times
  • Ditambah BaikImproved payment processing reliability

Feedback anda,
kami dengar.

Setiap update yang anda baca datang dari creator yang guna Baya. Join percuma untuk beri feedback dan dapat update awal.

Mula Bina Percuma