Analitik & Laporan
Pantau prestasi jualan, kenal pasti di mana pelawat tercicir, dan eksport laporan pendapatan untuk rekod perniagaan anda.
1. Dashboard Utama
Halaman utama dashboard menunjukkan ringkasan prestasi 7 hari terkini supaya anda boleh memantau perniagaan pada satu pandangan.
Revenue
Jumlah pendapatan 7 hari
Views
Pelawat halaman jualan
Purchases
Bilangan pembelian
Conversion Rate
Kadar penukaran pelawat
Dashboard juga memaparkan carta aktiviti (bar chart) 7 hari, 5 pesanan terbaru, dan 3 halaman terbaik anda. Gunakan bahagian Quick Actions untuk terus ke Buat Produk, Lihat Analitik, atau Tetapan.
2. Analitik Jualan (Tab Sales)
Cara akses:
- 1Pergi ke Dashboard → Analytics
- 2Pastikan tab Sales dipilih (tab pertama)
Tab Sales memaparkan 4 statistik utama di bahagian atas:
| Statistik | Penerangan |
|---|---|
| Total Views | Jumlah paparan halaman jualan anda |
| Purchases | Jumlah pembelian yang berjaya |
| Revenue | Jumlah pendapatan dalam RM |
| Conversion Rate | Peratusan pelawat yang membeli |
Setiap statistik menunjukkan perubahan % berbanding tempoh sebelumnya, supaya anda boleh lihat sama ada prestasi meningkat atau menurun.
Carta Masa
Di bawah statistik, carta masa memaparkan views dan purchases sepanjang tempoh yang dipilih. Ini membantu anda mengenal pasti trend dan hari-hari terbaik untuk jualan.
Funnel Penukaran
Funnel menunjukkan aliran pelawat dari awal hingga pembelian:
Halaman Terbaik
Bahagian ini memaparkan ranking 5 halaman terbaik anda berdasarkan views, sales, dan conversion rate. Gunakan ini untuk mengenal pasti halaman jualan yang paling berkesan.
Pilih Tempoh
Anda boleh memilih tempoh analitik mengikut keperluan:
3. Analitik Lead Gen (Tab Lead Gen)
Jika anda mempunyai halaman lead gen atau portfolio, tab Lead Gen menunjukkan prestasi halaman tersebut secara berasingan.
Total Views
Paparan halaman lead gen
Form Submissions
Borang yang dihantar
Bookings
Tempahan yang diterima
Carta masa juga disediakan untuk memantau trend lead gen performance sepanjang tempoh yang dipilih.
4. Advanced Analytics
Advanced Analytics memberikan analisis mendalam untuk setiap halaman secara individu. Ciri utama: korang boleh lihat impak setiap perubahan (edit) yang dibuat pada halaman terhadap prestasi.
Cara akses:
- 1Pergi ke Dashboard → Analytics → Advanced
- 2Pilih halaman yang ingin dianalisis dari dropdown
- 3Pilih tempoh: 7 hari, 30 hari, atau 90 hari
Daily Conversion Rates
Carta harian yang menunjukkan kadar penukaran untuk setiap peringkat funnel. Untuk halaman jualan: CTA Rate, Checkout Rate, dan Purchase Rate. Untuk halaman lead gen: Submission Rate dan Booking Rate.
Setiap edit yang dibuat pada halaman ditanda pada carta sebagai penanda (edit marker). Ini membolehkan korang nampak secara visual sama ada perubahan yang dibuat memberi kesan positif atau negatif pada prestasi.
Edit Impact Analysis
Bahagian ini mengumpulkan semua edit dalam tempoh yang berdekatan (dalam 2 hari) dan membandingkan prestasi sebelum dan selepas edit tersebut. Untuk setiap kumpulan edit, korang boleh lihat:
- Jenis edit yang dibuat (AI Edit, Smart Edit, Manual Edit, dll)
- Perubahan kadar penukaran (sebelum vs selepas) dalam unit peratusan
- Penunjuk sama ada semua metrik improve, decline, atau campuran
5. Laporan Pendapatan (Revenue Report)
Cara akses:
- 1Pergi ke Dashboard → Analytics
- 2Klik tab Revenue
Tab Revenue memaparkan statistik kewangan terperinci:
| Statistik | Penerangan |
|---|---|
| Pendapatan Kasar | Jumlah keseluruhan sebelum tolakan |
| Jumlah Refund | Wang yang dikembalikan kepada pembeli |
| Pendapatan Bersih | Pendapatan selepas tolak refund |
| Purata Nilai Pesanan | Purata jumlah setiap pesanan |
| Jumlah Pesanan | Bilangan pesanan dalam tempoh dipilih |
Eksport CSV
Anda boleh memuat turun laporan dalam format CSV. Dua jenis eksport disediakan:
Ringkasan
Pecahan per produk — pendapatan kasar, refund, diskaun, dan pendapatan bersih. Sesuai untuk gambaran keseluruhan.
Terperinci
Setiap pesanan satu baris — tarikh, order ID, produk, nama buyer, email, jumlah, kupon, status, dan tarikh refund.
Pilihan tempoh sama seperti tab Sales — 7 hari, 30 hari, 90 hari, 12 bulan, atau semua masa.
Ada soalan lain?
Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.
Hantar Tiket Sokongan