Kursus Online

Bina dan jual kursus online atau kelas live terus di Baya. Lengkap dengan modul, pelajaran, video, sijil, dan banyak lagi.

Buat Produk Jenis “Kursus Online”

Untuk mula membina kursus, anda perlu mencipta produk baru dengan jenis penghantaran “Kursus Online”:

  1. Pergi ke Dashboard > Produk > Buat Produk.
  2. Isi maklumat asas produk (nama, harga, penerangan).
  3. Pilih jenis penghantaran: Kursus Online.
  4. Selepas produk dicipta, anda boleh mula menambah modul dan pelajaran.

Struktur Kursus

Kursus di Baya menggunakan struktur dua peringkat yang mudah diurus:

Modul

Bahagian atau topik utama dalam kursus anda. Modul adalah pilihan (optional). Anda boleh terus mencipta pelajaran tanpa modul jika kursus anda ringkas.

Pelajaran

Kandungan sebenar yang akan dipelajari oleh pelajar. Setiap pelajaran boleh mengandungi video, teks, dan lampiran fail.

Contoh struktur: Modul 1: Pengenalan → Pelajaran 1.1: Apa Itu SEO, Pelajaran 1.2: Kenapa SEO Penting | Modul 2: Teknik Asas → Pelajaran 2.1: Kajian Kata Kunci

Kandungan Pelajaran

Setiap pelajaran mempunyai beberapa komponen yang boleh dikonfigurasi:

Video YouTube

Masukkan link video YouTube sebagai kandungan utama pelajaran. Video akan dipaparkan terus dalam halaman pelajaran menggunakan pemain YouTube terbenam (embedded player) dengan kawalan penuh (play, pause, volume, captions, picture-in-picture, fullscreen).

Format URL yang disokong:

  • youtube.com/watch?v=VIDEO_ID
  • youtu.be/VIDEO_ID
  • youtube.com/shorts/VIDEO_ID

Tempoh video (minit) boleh diisi secara manual untuk paparan progress tracking.

Penting: Gunakan Video Unlisted

Pastikan korang set video YouTube kepada Unlisted (tidak tersenarai), bukan Public. Video unlisted hanya boleh diakses oleh sesiapa yang mempunyai link. Ini bermakna hanya pembeli kursus korang yang boleh menonton video tersebut melalui Baya.

Jika video diset sebagai Public, sesiapa sahaja boleh mencari dan menonton video korang di YouTube tanpa perlu membeli kursus.

Cara set Unlisted: Di YouTube Studio, pergi ke video korang → klik "Visibility" → pilih "Unlisted". Video masih boleh diakses melalui link tetapi tidak muncul dalam carian YouTube.

Kandungan Teks (Markdown Editor)

Tulis nota, penerangan, atau arahan dalam format markdown. Editor menyokong slash commands. Taip / untuk membuka menu arahan pantas:

ArahanFungsi
/imageMuat naik dan sisipkan gambar
/heading1Heading besar
/heading2Sub-heading
/heading3Heading kecil
/boldTeks tebal
/italicTeks italic
/bulletSenarai bullet
/numberedSenarai bernombor
/codeBlok kod
/tableJadual (3 lajur)
/linkSisipkan pautan
/quotePetikan/blockquote
/dividerGaris pemisah

Menu arahan boleh dicari dengan menaip selepas /. Navigasi menggunakan anak panah, pilih dengan Enter, dan tutup dengan Escape.

Lampiran Fail (Lesson Resources)

Setiap pelajaran boleh mempunyai lampiran fail yang boleh dimuat turun oleh pelajar. Muat naik fail melalui bahagian "Lesson Resources" dalam dialog edit pelajaran.

Jenis fail yang disokong: PDF, ZIP, gambar (JPG, PNG, GIF, WebP), dokumen Office (Word, Excel, PowerPoint), fail teks (TXT, CSV, Markdown), audio (MP3), dan video (MP4).

Had saiz: Maksimum 50MB setiap fail. Gambar dalam editor kandungan dihadkan kepada 5MB.

Tetapan Pelajaran

  • Tajuk: Nama pelajaran (wajib)
  • YouTube URL: Pautan video (pilihan)
  • Tempoh (minit): Untuk paparan progress tracking (pilihan)
  • Free Preview: Togol untuk benarkan pelajaran ini diakses tanpa pembelian

Susun Atur: Drag & Drop

Anda boleh menyusun semula modul dan pelajaran dengan mudah menggunakan ciri drag & drop. Hanya klik dan seret item ke posisi yang dikehendaki untuk mengubah susunan.

Susunan yang anda tetapkan di sini ialah susunan yang pelajar akan nampak apabila mereka mengakses kursus.

Preview Pelajaran

Anda boleh menandakan pelajaran tertentu sebagai preview. Pelajaran preview boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa perlu membeli kursus. Ini berguna untuk memberi calon pembeli gambaran tentang kualiti kandungan anda sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

  1. Buka pelajaran yang ingin dijadikan preview.
  2. Aktifkan togol Preview.
  3. Simpan perubahan.

Kelas Live

Selain kursus rakaman, anda juga boleh menjual kelas secara langsung (live). Buat produk dengan jenis penghantaran “Kelas Live”.

Multi-Sesi

Kelas live menyokong pelbagai sesi. Anda boleh menjadualkan sesi baru selepas sesi sebelumnya selesai. Ini sesuai untuk kelas berkala seperti bengkel mingguan atau bootcamp berbilang hari.

Tetapan Sesi

Untuk setiap sesi, anda perlu tetapkan:

Tarikh dan Masa

Pilih tarikh dan masa kelas akan berlangsung. Pastikan zon masa ditetapkan dengan betul.

URL Meeting

Masukkan link Zoom, Google Meet, atau platform meeting lain. Link ini hanya akan ditunjukkan kepada pembeli 15 minit sebelum kelas bermula untuk mengelakkan penyebaran link tanpa kebenaran.

Durasi

Anggaran tempoh kelas dalam minit. Ini membantu pembeli merancang masa mereka.

Had Peserta

Tetapkan bilangan maksimum peserta untuk sesi ini. Sebaik sahaja had dicapai, pembeli baru tidak boleh mendaftar untuk sesi tersebut.

Rekaman

Selepas kelas live selesai, anda boleh menambah link rakaman supaya peserta boleh menonton semula. Ini juga memberi nilai tambah kepada pembeli yang mungkin terlepas kelas secara langsung.

  1. Buka sesi kelas yang telah selesai.
  2. Masukkan link rakaman (YouTube, Google Drive, atau lain-lain).
  3. Simpan. Peserta akan dapat mengakses rakaman melalui portal buyer mereka.

Penting: URL meeting hanya akan ditunjukkan kepada pembeli bermula 15 minit sebelum kelas dijadualkan bermula. Sebelum itu, pembeli hanya akan nampak maklumat jadual tanpa link meeting.

Review Pembeli

Pembeli yang telah membeli kursus atau kelas live anda boleh meninggalkan review dengan penilaian 1 hingga 5 bintang beserta ulasan bertulis. Review membantu pembeli lain membuat keputusan dan meningkatkan kepercayaan terhadap produk anda.

Respond kepada Review

Anda boleh membalas setiap review yang diterima. Ini menunjukkan bahawa anda menghargai maklum balas pelanggan dan membina hubungan yang baik.

Featured Review

Anda boleh memilih review terbaik untuk dijadikan featured review. Review yang ditonjolkan akan dipaparkan secara menonjol pada halaman jualan produk anda sebagai bukti sosial (social proof) kepada bakal pembeli.

Sijil Completion

Pembeli yang telah menghabiskan semua pelajaran dalam kursus anda layak untuk mendapatkan sijil penyempurnaan (completion certificate). Sijil ini dijana secara automatik oleh sistem.

  1. Pembeli menyelesaikan semua pelajaran dan menandakan setiap satu sebagai “selesai”.
  2. Apabila semua pelajaran selesai, butang Claim Sijil akan muncul.
  3. Pembeli klik butang tersebut untuk menjana dan muat turun sijil mereka.

Nota: Sijil completion boleh menjadi motivasi tambahan untuk pelajar menghabiskan kursus anda. Ia juga bagus untuk kursus profesional atau kemahiran.

Komen dan Perbincangan

Setiap pelajaran mempunyai bahagian komen di mana pelajar boleh bertanya soalan atau berbincang tentang kandungan pelajaran. Ini mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.

  • Pelajar boleh menulis komen dan bertanya soalan di bawah setiap pelajaran.
  • Anda sebagai seller boleh menjawab komen tersebut untuk membantu pelajar.
  • Pelajar lain juga boleh membantu menjawab, mewujudkan komuniti pembelajaran.

Ada soalan lain?

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Hantar Tiket Sokongan