Pusat Bantuan/Seller/Langganan & AI Credits

Langganan & AI Credits

Fahami plan langganan Baya, sistem kredit AI, dan cara mengurus pembayaran langganan anda.

1. Plan Langganan

Baya menawarkan empat plan langganan yang disesuaikan untuk setiap peringkat perniagaan anda. Setiap plan mempunyai had dan ciri yang berbeza.

CiriFreeStarterGrowthScale
Harga / bulanRM0RM14.90RM49.90RM99.90
Produk1320Unlimited
Halaman Diterbitkan21030Unlimited
Leads / bulan50500UnlimitedUnlimited
Storan500MB2GB10GB50GB
Custom DomainTiadaAdaAdaAda
KuponTiadaAdaAdaAda
UpsellTiadaTiadaAdaAda
AI Credit / bulan0100K500K1.5M
Yuran Platform0%0%0%0%
Badge "Made with Baya"Ya (wajib)Boleh buangBoleh buangBoleh buang
Jimat dengan langganan tahunan: Pilih bayaran tahunan dan jimat lebih kurang 2 bulan percuma berbanding bayar bulanan.

Plan Percuma (30 Hari)

Plan percuma membolehkan korang bina page dengan AI dan mula jual selama 30 hari. Berikut adalah cara ia berfungsi:

  • Apabila korang publish page pertama, tempoh 30 hari bermula secara automatik.
  • Dalam tempoh 30 hari, checkout dan forms berfungsi sepenuhnya.
  • Selepas 30 hari, page kekal live tetapi checkout dan forms akan dinyahaktifkan.
  • Korang boleh export source code page yang telah dijana oleh AI selepas tempoh 30 hari tamat.
  • Upgrade ke mana-mana paid plan untuk aktifkan semula checkout dan forms serta-merta.

2. AI Credits

Setiap operasi AI di Baya — seperti menjana halaman jualan, mengedit seksyen, atau menterjemah kandungan — menggunakan kredit AI. Jumlah kredit bergantung kepada kerumitan tugas.

Kredit Langganan vs Kredit Dibeli

  • Kredit langganan — diberikan setiap bulan mengikut plan anda. Kredit ini akan reset (bermula semula) pada awal setiap kitaran langganan. Kredit yang tidak digunakan tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Kredit dibeli — beli kredit tambahan bila diperlukan. Kredit yang dibeli tidak luput dan kekal dalam akaun anda sehingga digunakan.

Beli Kredit AI Tambahan

Langkah-langkah:

  1. 1Pergi ke Dashboard → Billing → AI Credits
  2. 2Pilih pakej kredit yang anda mahu
  3. 3Buat bayaran. Kredit akan dikreditkan serta-merta ke akaun anda

3. Pembayaran Langganan

Baya menyokong beberapa kaedah pembayaran untuk keselesaan anda:

KaedahUntukAuto-Renew
Kad Kredit / DebitLangganan bulanan / tahunanYa (automatik)
FPXPembelian kredit AI (one-time)Tidak
DuitNowPembelian kredit AI (one-time)Tidak
Penting: Langganan bulanan/tahunan hanya boleh dibayar menggunakan kad kredit atau debit (untuk auto-renew). FPX dan DuitNow hanya tersedia untuk pembelian AI credit packs secara one-time.

Jika Pembayaran Auto-Renew Gagal

Jika bayaran automatik gagal (contoh: kad luput atau baki tidak mencukupi), Baya akan:

  1. 1Cuba semula bayaran secara automatik
  2. 2Sehingga 4 percubaan dalam tempoh 7 hari
  3. 3Jika semua percubaan gagal, langganan anda akan dibatalkan secara automatik
Tips: Pastikan kad anda mempunyai baki yang mencukupi dan belum luput sebelum tarikh pembaharuan langganan untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.

4. Urus Langganan

Anda boleh mengurus langganan dari Dashboard → Billing. Berikut adalah tindakan yang boleh dilakukan:

TindakanApa yang Berlaku
UpgradeBayar plan baru dan ia berkuat kuasa serta-merta. Anda terus dapat akses ke ciri plan baru.
Downgrade ke FreePlan akan diturunkan segera ke Free. Ciri premium tidak lagi boleh diakses.
CancelLangganan kekal aktif sehingga akhir tempoh semasa. Auto-renew dimatikan dan anda tidak akan dicaj lagi.
ReactivateHidupkan semula auto-renew sebelum tempoh semasa tamat supaya langganan disambung tanpa gangguan.