Review Pelanggan
Urus review daripada pembeli, tonjolkan yang terbaik di halaman jualan, dan balas maklum balas pelanggan anda.
1. Dashboard Review
Cara akses:
- 1Pergi ke Dashboard → Reviews
- 2Lihat ringkasan statistik di bahagian atas halaman
2. Statistik Review
Bahagian atas halaman review memaparkan ringkasan berikut:
Jumlah Review
Semua review yang masuk
Purata Rating
Rating purata dengan bintang
Pending
Menunggu kelulusan
Approved
Telah diluluskan
Featured
Ditonjolkan di halaman jualan
3. Senarai Review
Senarai ini memaparkan semua review daripada pembeli. Setiap review menunjukkan maklumat berikut:
| Maklumat | Penerangan |
|---|---|
| Nama & Avatar | Nama dan gambar profil pembeli |
| Alamat emel pembeli | |
| Rating | 1 hingga 5 bintang |
| Teks Review | Ulasan bertulis daripada pembeli |
| Tarikh | Bila review dihantar |
Gunakan dropdown produk untuk menapis review mengikut produk tertentu.
4. Tindakan yang Boleh Diambil
Setiap review mempunyai beberapa tindakan yang boleh anda ambil:
Luluskan atau sembunyikan review. Review baru perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum ia dipaparkan kepada umum.
Tonjolkan review terbaik. Review yang ditonjolkan akan dipaparkan di bahagian Social Proof pada halaman jualan produk anda, menggantikan testimoni yang dijana AI.
Tulis balasan kepada review. Balasan anda akan dipaparkan di bawah review tersebut dan boleh dilihat oleh semua pelawat.
Padam review secara kekal. Pengesahan diperlukan sebelum review dipadam.
5. Aliran Review
Setiap review melalui aliran berikut:
6. Featured Reviews di Halaman Jualan
Review yang ditonjolkan akan muncul di bahagian Social Proof halaman jualan anda, lengkap dengan:
- Rating bintang
- Nama dan avatar pembeli
- Teks review penuh
- Balasan seller (jika ada)
Ini menggantikan testimoni yang dijana AI, memberikan bukti sosial yang lebih sahih kepada bakal pembeli.
7. Dari Sisi Buyer
Pembeli boleh menulis review di halaman My Orders selepas membuat pembelian. Mereka boleh memberi:
- Rating 1 hingga 5 bintang
- Tajuk review
- Kandungan review
Pembeli juga boleh mengedit review mereka pada bila-bila masa selepas menghantar.
Ada soalan lain?
Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.
Hantar Tiket Sokongan