← Kembali ke leaderboard
Syarat-syarat Pertandingan Baya
Dengan menyertai atau mengundi dalam Pertandingan Baya, anda bersetuju dengan syarat-syarat di bawah. Sila baca dengan teliti.
Definisi
- “Penyertaan” bermaksud satu page atau website yang telah didaftarkan untuk pertandingan. Setiap page/website yang dimasukkan dikira sebagai SATU penyertaan berasingan, walaupun semuanya milik orang yang sama.
- “Peserta” bermaksud pengguna Baya yang memasukkan satu atau lebih page/website ke dalam pertandingan.
- “Pengundi” bermaksud individu yang mengundi mana-mana penyertaan dalam pertandingan.
1. Kelayakan
- Peserta mesti mempunyai akaun Baya yang sah dan aktif.
- Page yang disertai mesti telah dipublish dan boleh diakses oleh awam.
- Pertandingan terbuka kepada semua pengguna Baya tanpa had geografi.
2. Penyertaan
- Bilangan penyertaan per workspace bergantung pada plan langganan: Free 1, Starter 2, Growth 3, Scale & Lifetime 5.
- Sekali sertai, penyertaan tidak boleh ditarik balik. Sila pilih page anda dengan teliti.
- Page boleh diedit sepanjang tempoh pertandingan, tetapi thumbnail yang dipaparkan akan kekal sama seperti masa penyertaan.
- Page mesti kekal dipublish sepanjang tempoh pertandingan. Page yang diunpublish akan didisqualifaikan secara automatik.
- Tarikh tutup penyertaan adalah 48 jam sebelum tempoh undi tamat. Selepas tarikh ini tiada penyertaan baru diterima.
3. Kandungan Page
- Page yang disertai mesti mematuhi Syarat Penggunaan Baya serta undang-undang Malaysia yang berkuat kuasa.
- Sebarang page yang mengandungi kandungan menyalahi undang-undang, lucah, mengelirukan, menipu, atau mengandungi ujaran kebencian akan didisqualifaikan tanpa notis.
- Pasukan Baya berhak mengkaji setiap penyertaan sebelum dipaparkan di leaderboard awam.
4. Mengundi
- Satu email hanya boleh mengundi sekali per penyertaan (iaitu per page/website). Pengundi boleh menyokong beberapa page/website berbeza dengan email yang sama - walaupun page tersebut milik peserta yang berbeza atau peserta yang sama. Yang tidak dibenarkan ialah mengundi page/website yang sama dua kali dengan email yang sama.
- Undi hanya akan direkodkan selepas pengundi sahkan email mereka melalui link pengesahan. Link akan luput dalam 24 jam.
- Email sementara/disposable (cth: 10minutemail, mailinator, tempmail) tidak diterima. Sila guna email peribadi sebenar.
- Sebarang percubaan untuk memanipulasi sistem undi (script automatik, bot, akaun palsu, farming undi melalui email tanpa kebenaran pemilik) akan menyebabkan undi dibatalkan dan pengundi disenarai hitam.
- Alamat IP, butiran pelayar, dan masa undi direkodkan untuk tujuan pengauditan dan mencegah penipuan. Lihat Polisi Privasi untuk butiran.
5. Pemenang dan Hadiah
- Tiga pemenang teratas akan dipilih berdasarkan jumlah undi yang disahkan (status confirmed sahaja).
- Sekiranya berlaku seri (jumlah undi sama), penyertaan yang masuk paling awal akan menang.
- Hadiah berbentuk AI Credits Baya yang akan dikreditkan ke workspace pemenang. Hadiah:
- Hanya untuk akaun pemenang dan tidak boleh dipindahkan.
- Tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau hadiah lain.
- Akan luput dalam 90 hari jika workspace pemenang tidak aktif atau tidak boleh menerima kredit (cth: akaun digantung).
- Pemenang akan dimaklumkan melalui email selepas tempoh undi tamat. Hadiah akan dikreditkan dalam masa 7 hari bekerja.
6. Hak Pemasaran
Dengan menyertai pertandingan, peserta memberi Baya hak untuk:
- Memaparkan nama workspace, tajuk page, thumbnail, dan link page mereka di leaderboard awam serta halaman penyertaan masing-masing.
- Menggunakan nama, screenshot, dan butiran pertandingan (termasuk pemenang) untuk tujuan pemasaran dan promosi Baya - termasuk media sosial, blog, email pemasaran, materi paparan, dan kandungan video.
- Menyebut peserta sebagai “peserta Pertandingan Baya” dan pemenang sebagai “pemenang Pertandingan Baya” tanpa bayaran tambahan.
Hak ini berkuatkuasa selama page kekal di Baya. Peserta yang ingin menarik balik hak pemasaran ini boleh hubungi pasukan Baya melalui sokongan dalam aplikasi.
7. Pertandingan Berasingan
- Setiap pertandingan adalah berasingan. Penyertaan, undi, dan jumlah undi tidak akan dibawa ke pertandingan baru. Leaderboard akan reset pada setiap pertandingan baru.
- Pemenang pertandingan terdahulu masih boleh menyertai pertandingan akan datang tanpa had.
8. Disqualification
Pasukan Baya berhak mendisqualifaikan penyertaan atas sebab berikut:
- Penipuan undi (bot, script, email palsu, akaun berlebihan).
- Page diunpublish atau tidak boleh diakses oleh awam.
- Kandungan page menyalahi undang-undang atau Syarat Penggunaan Baya.
- Sebarang aktiviti yang mengganggu pertandingan atau penyertaan lain.
Keputusan pasukan Baya berkenaan disqualification adalah muktamad.
9. Lain-lain
- Baya berhak untuk menukar, menggantung, atau membatalkan pertandingan ini pada bila-bila masa atas sebab tertentu (cth: insiden teknikal, penipuan berleluasa).
- Syarat-syarat ini boleh dikemas kini dari masa ke semasa. Penyertaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan terhadap syarat yang baru.
- Dengan menyertai atau mengundi, anda bersetuju dengan syarat-syarat di atas dan Polisi Privasi Baya.