Kembali ke Blog
Tips & Strategi4 Mac 20268 min baca

Berapa Kos Nak Start Bisnes? Produk Fizikal vs Digital vs SaaS

Breakdown kos sebenar untuk start bisnes produk fizikal, produk digital, dan SaaS. Termasuk comparison table, profit margin, dan tips dari pengalaman sebenar.

Oleh Baya

TL;DR

Kalau korang nak start bisnes tapi tak tahu berapa modal yang diperlukan, artikel ni breakdown semua untuk korang. Dari produk fizikal sampai SaaS, setiap jenis bisnes ada kos dan profit margin yang berbeza.

Jenis Bisnes Modal Permulaan Profit Margin Masa Setup
Produk Fizikal RM5,000++ 10 - 40% 2 - 4 minggu
Produk Digital < RM1,000 90%+ 1 - 2 minggu
SaaS < RM1,000 90%+ (recurring) 1 minggu - 2 bulan

Sekarang jom kita deep dive satu per satu.


1. Bisnes Produk Fizikal

Ni jenis bisnes yang paling ramai orang familiar. Jual barang fizikal, dari skincare sampai gadget.

Proses dia macam mana?

First, kau kene research produk apa yang kau nak jual. Dah ada idea, kau kene cari supplier samada local atau dari China (Alibaba, 1688, etc). Then kau kene beli at least MOQ (Minimum Order Quantity) dan bayar terus secara lump sum.

Normally kos antara 4 ke 5 angka sebelum produk sampai kat tangan kau. Tu baru produk je. Belum masuk kos lain.

Breakdown kos produk fizikal

Item Anggaran Kos
Produk (MOQ) RM2,000 - RM10,000+
Shipping / Import RM500 - RM2,000
Packaging & Branding RM500 - RM2,000
Marketing (Ads) RM1,000 - RM5,000/bulan
Platform / Website RM0 - RM500
Jumlah Minimum RM5,000++

Profit margin

Profit diperolehi dari harga jual tolak semua kos yang terlibat (produk, shipping, packaging, marketing, platform fees). Biasanya sekitar 10 - 40% bergantung kepada produk apa dan berapa kau jual.

Risiko

  • Modal tinggi upfront. Kalau produk tak laku, duit stuck dalam stok.
  • Kos marketing boleh jadi sangat mahal terutamanya Facebook Ads.
  • Kene handle logistics, customer service, return dan refund.
  • Competition sangat tinggi, terutamanya kalau jual produk yang sama macam orang lain.

Verdict: Modal besar, risiko tinggi, tapi kalau jumpa winning product, boleh scale dengan cepat.


2. Bisnes Produk Digital

Produk digital ni macam ebook, online course, template, preset, printable, dan banyak lagi. Kos nak start jauh lebih rendah sebab tak ada kos fizikal.

Proses dia macam mana?

Macam biasa, cari idea dan start develop produk. Boleh jadi ebook, online course, jual preset, Notion template, atau sewaktu dengannya.

Kos yang terlibat ialah kos masa. Sangat memakan masa yang lama dan renyah. Tapi sekarang kalau nak tulis ebook, kau boleh guna AI. So maybe lagi mudah dan cepat.

Lepastu kau kene buat landing page / sales page untuk jual. Kalau dah ada skill tu, bagus. Kalau belum ada, kene upah orang biasanya ratus-ratus atau ribu-ribu juga. Tapi tak semahal produk fizikal.

Breakdown kos produk digital

Item Anggaran Kos
Create produk RM0 (masa kau je)
AI tools (optional) RM50 - RM200/bulan
Sales page / Landing page RM0 - RM2,000
Platform fee RM0 - RM100/bulan
Marketing RM200 - RM2,000/bulan
Jumlah Minimum < RM1,000

Profit margin

Profit produk digital ni biasanya sangat mewah sebab tak ada cost of goods. Sekali create, jual berkali-kali. Margin biasanya 90% ke atas. Kalau kau jual ebook RM49 dan kos platform RM0, hampir semua tu profit.

Kelebihan

  • Modal rendah, boleh start almost free.
  • Tak ada inventory, tak ada shipping headache.
  • Scalable. Jual 10 orang atau 10,000 orang, effort sama je.
  • Passive income potential. Sekali buat, boleh jual selama-lamanya.

Tools yang boleh bantu

Kalau korang nak buat sales page untuk produk digital, boleh guna Baya. AI generate sales page complete dengan copywriting dan built-in payment. Tak perlu hire designer atau copywriter. Describe je produk korang, siap dalam beberapa minit.

Verdict: Modal rendah, profit tinggi, sesuai untuk sesiapa yang ada knowledge atau skill nak share.


3. Bisnes SaaS (Software as a Service)

SaaS ni basically kau buat software dan charge orang monthly atau yearly untuk guna. Contoh: Canva, Notion, dan ya, Baya sendiri pun SaaS.

Proses dia macam mana?

First kau kene ada idea dan skill. Zaman AI ni, kau kene ada skill vibe coding. Tak perlu jadi expert programmer, tapi kene faham flow dan logic.

Masa untuk develop product bergantung kepada berapa complex produk kau. Ikut pengalaman aku, dari 1 minggu ke 2 bulan.

Kos yang terlibat ialah kos masa dan kos AI subscription. Kalau kau subscribe Claude Code USD100 sebulan, so itulah kos bulanannya. Sekarang dah banyak option yang lagi murah terutamanya model AI Agent dari China.

Dan bila kau deploy, akan ada kos server (VPS), kos domain (setahun sekali) dan kos Supabase kalau kau upgrade.

Breakdown kos SaaS

Item Anggaran Kos
AI Subscription (Claude, etc) RM200 - RM500/bulan
Server / VPS RM20 - RM100/bulan
Domain RM30 - RM80/tahun
Supabase (database) RM0 - RM100/bulan
Marketing RM200 - RM2,000/bulan
Jumlah Minimum < RM1,000

Profit margin

Profit margin bagi bisnes SaaS ni biasanya boleh pergi 90% ke atas. Dan kalau ia recurring (subscription model), lagi bagus. Marketing sekali tapi sales berkali-kali. Customer bayar setiap bulan selagi dia guna produk kau.

Kelebihan

  • Recurring revenue. Duit masuk setiap bulan.
  • Sangat scalable. Cost per user makin rendah bila user makin ramai.
  • Boleh automate hampir semua benda.
  • Valuation tinggi. SaaS company biasanya valued 5-10x annual revenue.

Risiko

  • Kene maintain dan update produk secara consistent.
  • Customer support boleh jadi overwhelming.
  • Competition dari big players yang ada lebih resources.

Verdict: Modal rendah, recurring profit, tapi kene ada technical skill dan commitment untuk maintain.


Comparison Table: Semua Sekali

Aspek Produk Fizikal Produk Digital SaaS
Modal Permulaan RM5,000++ < RM1,000 < RM1,000
Profit Margin 10 - 40% 90%+ 90%+
Recurring Revenue Tidak Tidak (biasanya) Ya
Scalability Terhad (stok) Sangat tinggi Sangat tinggi
Technical Skill Rendah Rendah - Sederhana Tinggi
Masa Setup 2 - 4 minggu 1 - 2 minggu 1 minggu - 2 bulan
Risiko Tinggi (stok) Rendah Sederhana
Passive Income Tidak Ya Ya
Kos Marketing Tinggi Sederhana Sederhana
Maintenance Fizikal (stok, shipping) Minimal Tinggi (code, server)

So, Mana Satu Yang Sesuai Untuk Korang?

Pilih produk fizikal kalau korang ada modal yang cukup dan dah jumpa produk yang ada demand tinggi. Bisnes ni straightforward tapi kene ready untuk handle logistics.

Pilih produk digital kalau korang ada knowledge atau skill yang orang sanggup bayar. Modal rendah, profit tinggi, dan boleh start almost immediately. Guna tools macam Baya untuk create sales page tanpa perlu hire designer.

Pilih SaaS kalau korang ada technical background dan sanggup commit untuk long-term. Recurring revenue adalah holy grail dalam bisnes. Susah nak start tapi once dah jalan, sangat rewarding.


Kesimpulan

Tak ada jawapan yang betul atau salah. Setiap jenis bisnes ada pros dan cons masing-masing. Yang penting, start je dulu. Jangan overthink sampai tak start langsung.

Kalau korang nak start jual produk digital, try Baya. AI buat sales page untuk korang, complete dengan copywriting dan payment system. Mula percuma, upgrade bila ready.

Yang penting bukan berapa modal kau ada. Yang penting berapa cepat kau start.